Sabtu, 21 Mei 2016, 3ptg di Pentas Utama, Sg. Batu, Kedah - Persembahan “BERMULANYA DI SINI…KEDAH TUA” – Pusat Pengajian Seni, USM
20-23 Mei 2016, Sg Batu, Kedah, MY
News and Announcements

Aktiviti-aktiviti

  •   Lawatan Berpandu & Terokai Kedah Tua
    • Selepas mendaftar di kaunter masuk, anda akan dibawa melawat satu persatu tapak-tapak ekskavasi di Sungai Batu. Antaranya adalah Monumen Sungai Batu yang berusia seawal abad pertama, jeti kuno, bukti-bukti aktiviti peleburan besi serta kesan tinggalan relau kuno, disamping runtuhan bangunan-bangunan sokongan yang wujud ketika zaman kegemilangan Sungai Batu. Penerangan akan disampaikan oleh pemandu pelancong berdaftar yang bertugas di tapak.
  •   Survei Geofizik
    • Bagaimana tapak ini ditemui? Pelajari antara teknik professional bagaimana menentukan tapak berpotensi dengan menggunakan peralatan geofizik seperti GPR (Ground Penetrating Radar) dan Magnetometer. Sukakan aktiviti yang lebih mencabar? Gunakan tenaga anda dan cubalah teknik augering untuk melakukan penilaian dan analisis sampel tanah.
  • Ekskavasi
    • Pernah mendengarnya dan melihatnya? Tetapi ingin mencuba…. Kini anda berpeluang untuk melakukan aktviti ekskavasi dibimbing oleh Sarjana dalam bidang Arkeologi. Luangkan masa anda melalui kehalusan kerja yang akhirnya bakal menjadi sebahagian fakta sejarah negara. Anda pasti akan menghargai setiap usaha arkeologis dan sejarahwan negara selepas ini.
  •  Eksperimen  Bata
    • Dari manakah bata-bata ini dibawa? Sebenarnya semua bata adalah hasil tempatan dan dibuat di Sungai Batu. Bagaimana? Cubalah menghasilkan bata anda sendiri.
  •  Eksperimen Besi
    • Industri yang telah menjadi asal Sungai Batu. Cuba sendiri bagaimana mengetuk ingot besi yang merupakan bentuk akhir di Sungai Batu untuk dieksport ke negara luar.
  • Pameran & Jualan
    • Pameran berkaitan tamadun-tamadun dunia bakal memberi anda pemahaman mengenai nilai dan kepentingan ketamadunan di Sungai Batu. Selain itu, agensi luar seperti Jabatan Warisan Negara, Kedah, dan lain-lain lagi termasuk NGO, akan turut mengadakan pameran serta jualan produk berkaitan. Gerai Rakyat juga turut mempamer dan menjual produk-produk tempatan
  •   Gerai Rakyat
  •  Persembahan pentas dan demonstrasi di Arena Kataha
  • Forum Bual Bicara – “Arkeologi dan Masa Depan, Perspektif Orang Muda”


Jumlah Hit

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:

E-mel: festivalkedahtua@gmail.com atau dir_ark@usm.my
Telefon: +604 653 3357
Faks: +604 657 3546

ATAS